Peranan dalam The Simpsons Homer Simpson

Homer merupakan suami canggung pada Marge dan bapa kepada Bart, Lisa dan Maggie Simpson.[1] Dia adalah anak Mona Simpson dan Abraham "Grampa" Simpson. Homer bekerja lebih 188 pekerjaan berbeza dalam 400 episod pertama The Simpsons.[2] Dalam kebanyakan episode, dia bekerja sebagai Inspektor Keselamatan Nuklear di Logi Kuasa Nuklear Springfield, jawatan yang dipegangnya sejak "Homer's Odyssey", episod ketiga siri tersebut.[3] Di logi tersebut, Homer seringkali diabaikan dan dilupai sama sekali oleh ketuanya Mr. Burns, dan sering kali tertidur dan mengabaikan tugasnya. Matt Groening telah menyatakan bahawa dia memutuskan agar Homer bekerja di logi kuasa kerana potensi bagi Homer untuk mengakibatkan huru-hara.[4] Setiap kerjanya yang lain bertahan hanya satu episod. Pada pertengahan pertama siri, penulis mengembangkan penjelasan mengenai bagaimana dia dipecat dari logi dan kemudian diambil kembali pada setiap episod. Pada episode berikutnya, dia sering memulakan kerja baru secara spontan, tanya menyebut pekerjaan tetapnya.[5]

The Simpsons menggunakan garis masa terapung di mana watak-wataknya tidak pernah meningkat usia, dan, dengan itu, rancangan ini dianggap berlatar pada masa kini. Walaubagaimanapun, dalam beberapa episod, peristiwa dalam kehidupan Homer telah dikaitkan dengan tempoh masa tertentu.[1] "Mother Simpson" (The Simpsons (musim 7), 1995) menggambarkan ibu Homer, Mona, sebagai seorang radikal yang menyorok pada tahun 1969 selepas pertembungan dengan undang-undang;[6] "The Way We Was" (The Simpsons (musim 2), 1991) menunjukkan Homer jatuh cinta dengan Marge Simpson sebagai senior di Sekolah Tinggi Springfield pada tahun 1974;[7] dan "I Married Marge" (The Simpsons (musim 3), 1991) membayangkan bahawa Marge mengandungkan Bart pada tahun 1980.[8] Bagaimanapun, episod "That '90s Show" (The Simpsons (musim 19), 2008) bersalahan dengan kebanyakan kisah terdahulu ini, menggambarkan Homer dan Marge sebagai pasangan tanpa anak pada awal 1990-an.[9]

Usia Homer berubah ketika sirinya berkembang; dia berusia 36 pada episod awal,[10] 38 dan 39 dalam The Simpsons (musim 8),[11] dan 40 dalam The Simpsons (musim 18),[12] sungguhpun malah ketika episod awal musim tersebut usianya berubah-ubah.[1] Semasa tempoh Bill Oakley dan Josh Weinstein sebagai pengendali rancangan ("showrunner"), mereka mendapati bahawa ketika mereka berusia, Homer juga kelihatannya bertambah usia, dengan itu mereka meningkatkan usianya pada 38. Ketinggiannya adalah 5'9" (1.75 m).[13]

Rujukan

WikiPedia: Homer Simpson http://www.theage.com.au/articles/2003/02/27/10460... http://www.theage.com.au/articles/2004/04/02/10805... http://www.cbc.ca/arts/story/2003/05/30/homer30050... http://www.macleans.ca/article.jsp?content=2007072... http://www.abqtrib.com/news/2007/jun/23/voice-home... http://www.calendarlive.com/tv/cl-ca-baker16feb16,... http://www.canada.com/montrealgazette/story.html?i... http://www.cbsnews.com/stories/2004/05/01/entertai... http://www.cnn.com/2003/SHOWBIZ/TV/02/13/simpsons.... http://popwatch.ew.com/2010/06/09/simpsons-matt-gr...